? ??????????????Black Rose Letter? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (36 Ratings)??18 Grabs Today. 9335 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ?????Elegant Moment? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (64 Ratings)??18 Grabs Today. 17846 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Spring Is Here!? ????? ?????? ???Rati CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Wednesday, September 2, 2009

Cerita tentang RM200



I shall write this entry in Malay with a hint of Rawa here and there.

Sebenarnya banyak cerita yang saya ingin abadikan dalam blog ini. Macam-macam kisah, ada yang boleh dijadikan teladan dan ada juga yang boleh membuatkan anda berasa hairan lantas bertanya, "What the hell is wrong with this woman?" or dalam loghat Perak, "Ape ke he pompuan ni?".

Malangnya, untuk sekian lama saya tidak berkarya di sini. Ini kerana, saya percaya banyak detik isi hati saya telah saya salurkan dengan berkongsi secara lisan dengan sahabat-sahabat karib saya. Saya berasa senang sekali apabila mendapat respon secara ikhlas dan spontan daripada rakan-rakan yang saya amat percayai. Saya berasa hidup ini amat sempurna apabila dapat berkongsi suka dan duka bersama mereka, walaupun hanya melalui Yahoo Messenger, Facebook dan telefon. Justeru itu, saya menemui jalan buntu apabila hati ingin menulis tentang pengalaman saya yang telah saya lalui sejak kebelakangan ini.

Saya berasa amat bersalah kerana sekarang kurang melawat blog-blog rakan blogger yang lain, ada cerita yang saya tertinggal. Maafkan saya, bukan saya lupakan anda semua tetapi saya amat kesuntukan masa untuk aktif berblog seperti dahulu.

Baiklah, saya berdusta sebentar tadi, bukan masa yang mencemburui saya, sebenarnya saya sekarang lebih gemar menyendiri atau bersosial secara 'anti- sosial' di Facebook. Saya faham ini amat menyedihkan kerana saya telah menidakkan peluang untuk berjumpa dan melepak dengan kawan-kawan, tetapi apa boleh buat. Kekadang saya merasakan perjumpaan di alam maya lebih selamat kerana jika bersua-muka kemungkinan besar boleh menyebabkan salah sangka oleh pelbagai pihak. Tambahan lagi, orang yang kita rapat di Facebook dan Yahoo Messenger kemungkinan besar adalah seorang yang kurang disenangi secara peribadi. Namun Alhamdulillah, setakat ini mereka yang saya kenal secara atas talian (termasuklah yang sudah lebih sedekad saya kenal), tidak pernah menghampakan saya. Malah, saya amat berterima kasih kerana dapat bersua-muka dengan mereka ini.

Sejak kebelakangan ini juga, fikiran saya sering kali melayang entah ke mana. Mungkin ini adalah sebab banyak perkara yang saya fikirkan di benak fikiran ini. Pernah suatu ketika dulu, lebih sebulan yang lalu, semasa saya terlampau teruja menerima jemputan ke Perjumpaan Blogger di The Lake Club (terima kasih kepada Kak Teh kerana sudi menjemput dan Hajah Puteri Kama serta Pak Abu sebagai tuan rumah yang budiman), saya hanya memikirkan untuk membeli baju baru untuk ke Majlis tersebut. Keinginan ini bukanlah suatu perkara baru kerana memang sudah menjadi kebiasaan (yang buruk) saya untuk berpakaian baru apabila ke Majlis-majlis yang saya kira penting. Secara jujur saya akui mengidap sejenis penyakit yang tidak suka dilihat berpakaian yang sama untuk lebih daripada sekali (Tuhen to Maha Kayo, nasib baek laki ako buken Perdano Mentori Mesia!).

Dalam waktu yang sama pada masa itu, saya juga memikirkan untuk menempah 'business card' . Sekali lagi minda saya disarangi oleh idea-idea rekaan kad yang terkini. Oleh itu, bertemankan Benjamin yang sungguh aktif bak lipas kudung, saya ke Ampang Point untuk menempah 'business card', membeli baju baru dan membeli belah untuk jamuan Hari Lahir bapa mertua saya. Semuanya perlu diselesaikan pada hari yang sama.

Selesai menempah kad, saya terus ke mesin ATM untuk mengeluarkan sedikit wang. Benjamin seperti biasa, berlari-lari di persekitaran antara mesin ATM dan Restoran Tarbush. Saya terus menekan butang sambil mata melirik ke arah Benjamin. Akhirnya, transaksi saya diterima lantas saya menyimpan semula kad ke dalam dompet. Sebenarnya saya berasa amat bersalah pada waktu itu kerana telah sekali lagi mengeluarkan wang padahal baru semalam sudah dibekalkan beberapa ratus Ringgit oleh suami saya yang murah hati. Tetapi, gila nak bergaya punya pasal, ku pendam perasaan bersalah tersebut.

Saya membimbing tangan kecil Benjamin untuk terus melangkah ke tingkat atas Ampang Point, tetapi perjalanan kami terhenti kerana saya terpanggil untuk membeli coklat berjenama yang dijual murah di lobi. Selesai membayar, saya terus ke ekskelator, beg yang dijinjing semakin bertambah, lantas saya terlepas Benjamin dari pegangan saya. Ya Allah, saya cukup panik, sambil memujuknya untuk naik ke atas perlahan-lahan. Nasib baik ada seorang yang budiman membantu. Saya berasa sungguh bersalah pada ketika itu, kenapalah saya tidak dapat fokus sepenuhnya pada keselamatan Ben?

Sesampai di butik, saya terus membelek-belek baju yang berkenan di hati, Alhamdulillah sudah jumpa. Saya minta pendapat Ben, katanya, "Cantik la, mummy", jadi saya pilih yang hitam ini. Hitam itu menawan, sebenarnya hitam adalah warna yang paling selamat kerana dapat menutup segala lemak-lemak di badan. Hahahaha..

Sementara menunggu proses pembayaran, saya membuka kotak coklat untuk berkongsi dengan pekerja di butik tersebut. Mungkin ada yang merasakan ini adalah melampau, tetapi memang saya tidak keberatan untuk berkongsi makanan walaupun dengan orang yang tidak saya kenali. Kenapa? Saya tidak pasti mengapa, tetapi saya berasa puas jika dapat memberi sesuatu kepada orang lain, walaupun benda itu kecik, maklumlah saya bukannya kaya -raya. Berbalik kepada cerita tadi, semasa hendak mengeluarkan wang untuk membayar harga baju tersebut, saya kaget apabila menyelak dompet saya. Alamak! Mana perginya wang RM200 yang telah saya keluarkan tadi? Nasib baik, dalam dompet ada wang yang cukup untuk melunaskan harga baju tersebut. Dengan secepat kilat, saya terus ke mesin ATM. Ya Allah! I withdrew my money, took the card and receipt but left the money at the machine. My goodness, how dumb I could be?

Dengan muka yang tebal, saya bertanya mereka yang berdekatan dengan tempat tersebut, ada yang mencadangkan supaya saya ke Pejabat Pegawai Keselamatan untuk melihat rakaman CCTV. Oleh itu, saya menurut sahaja. Pada resit tertera wang telah dikeluarkan pada pukul 11:37 pagi, benar saya dapat lihat diri saya menoleh sana-sini mencari Benjamin semasa wang dikeluarkan. Saya saksikan juga apabila kad dan resit diambil tetapi saya terus beredar. Siapa yang mengambil wang saya, juga dapat saya kesan. Tidak sangka, orang kita tidak jujur, saya nampak wajah gadis yang tersengih-sengih mengambil wang saya tersebut. Tetapi, saya halalkan, mungkin bukan rezeki saya.

Saya tidak berani untuk berkongsi pangalaman ini dengan suami, takut nanti dikatakan cuai, dan saya cukup benci dipanggil cuai atau lembab. Saya akui kekurangan saya, oleh itu tidak perlu ingatkan saya tentangnya. Semasa itu, hati kecil berkata-kata, "ya Allah sesungguhnya ini adalah salah diriku sendiri yang terlampau ikutkan hati, jika aku pandai bersyukur dengan apa yang aku ada, nescaya ini semua tidak akan terjadi, aku redha dengan kehilangan itu kerana wang ringgit bukan paksi hidupku (maklumlah semalam baru balik ESQ!)".

Lima minit kemudian, suami tercinta menelefon, katanya, "Sayang, you tolong beli birthday kek untuk bapak kat Secret Recipe, I will bank in RM200 now." Saya tersenyum lebar, walaupun tidak dapat balik RM200 sepenuhnya, saya dapat kembali separuh daripada wang saya yang hilang. Allah Maha Mengetahui apa yang terselindung.

Saya berjanji akan lebih fokus di masa akan datang. Saya tidak mahu lagi digelar "otak bak pinballs" oleh seorang sahabat yang menjadi orang pertama mengetahui tentang kecuaian saya ini. Oleh itu, saya perlu lebih banyak menulis untuk mencurahkan isi hati dan fikiran saya, rasanya sudah tidak sanggup untuk berfikir tentang bermacam-macam benda. Saya ingin tenang.

27 comments:

Kak Teh said...

Ida, kak teh juga ada perangai macam dengan Ida juga. Baju yang dipakai malam tu pun baju baru, walaupun tak nampak baru sebab dah pakai sejak pagi tak tukar-tukar untuk majlis yang istimewa itu.
Dan kak teh juga boleh berkongsi di sini kak teh juga buat name card semasa balik, jadi kita banyak juga persamaan. tapi taklah sampai lupa ambik duit di ATM.

Kak teh minta maaf tak hantar lagi gambar yang Ida minta sebab kecuaian kak teh menyebabkan kak teh tertinggal semua cd gambar di Bangi. Beberapa hari lagi akan dapat kut cd2 tu.

Kak teh harap Ida janganlah gundah gulana dan tak payahlah pergi sangat ke ESQ tu - kak teh tak juga berubah perangai - yang kak teh dapat dari situ cuma dapat berjumpa dengan Ida - Alhamdulillah.

Ida Hariati Hashim said...

Salam Kak Teh,

Nasib baik ada yang faham tentang masalah kelam-kabut Ida..hehehe. Kak Teh tertinggal CD gambar di sini? Tak pe, dengan kelebihan teknologi dan sistem pengangkutan sekarang, tertinggal orang pun tidak menjadi masalah.

Bagi Ida, senorok jugak pergi ESQ tu sebab secara tidak langsung dapat jugak kesedaran tentang kepentingan hidup, dulu Ida lagi dasyat dia punya 'kemerapuan'.

Tapi betul jugak, untuk Ida betul-betul ubah perangai menjadi macam Malaikat, mungkin tidak sebab "I am very comfortable with who I am now". Ida bukannya jahat, cuma kekadang suka melayan gundah-gulana sebab hendak cuba menyelesaikan pelbagai isu-isu yang tertangguh. Sebenarnya memang Ida seorang yang "dare devil", bak kata orang putih there's always something up my sleeves, itu jika kebosanan membelenggu hidup, jadi saya cari pasal.

Ida bersyukur dapat berjumpa Kak Teh, saya terhutang budi dengan suami kerana dia telah membuka peluang untuk Ida ke ESQ dan berjumpa Kak Teh di sana. Dan Kak Teh pula telah mengenalkan Ida dengan rakan-rakan blogger yang lain. Ini Ida anggap sebagai suatu petunjuk yang baik tentang arah dan jalan hidup yang patut Ida ambil.

Ida harap Kak Teh dan Mr. Awang Goneng serta anak-anak yang tersayang tenang dan ceria menghadapi Ramadhan yang mulia ini. Baju raya dah beli ke belum? Hehehe..

Zendra-Maria said...

Tak apa Ida, Ben lebih berharga daripada RM200. Mungkin peringatan dari Yang Maha Berkuasa?

Ida Hariati Hashim said...

Hi Kak Zendra,

Memang betul tu. Tetapi saya sepatutnya bawa 'toddler strap' untuk keselamatannya. Biarlah orang kita nak gelar saya memperlakukan anak seperti anjing (sebab diikat dengan tali), kalau anak hilang, kita juga yang akan digelar cuai.

mamasita said...

Hai Ida..would you feel so much better if I tell you I lost 2k when I was at the ATM in Taman Tun about 18 years ago..I keluarkan and kept dumping it into my sling leather bag..it was a nice slim squarish big bag..bila nak bayar something, the whole amount was gone! I got pickpocketed somewhere before I could use the money..I threw away the bag and never recovered the money nor forget about the careless episode..

MrsNordin said...

I think, you're not the only one who feel this way. Kadang2, I pun macam tu jugak. Macam2 nak fikir dalam kepala ni sampai naik lalai. Esp. when you bring a small kid like Ben to Ampang Point, it really tests your concentration level. I know lah, everytime I bawa Nizzar pegi Ampang Point, macam tu lah jadi nya.

Take it easy. It's only RM200. Nasib baik tak RM2,000!

MrsNordin said...

Opps... sorry Mamasita! Just read your comment. Sorry for your loss too.

Ida Hariati Hashim said...

Datin Mama,

My God, RM2K is a king's ransom. Memang bukan rezeki kita, kan.

I tak kisah pasal duit tu sgt, cuma yang I reflected on the series of my carelessness, sampaikan pasal duit sendiri pun boleh lupa..rasanya org lelaki ada yang pelupa macam ni tak?

Ida Hariati Hashim said...

MrsN,

Haish, I enjoy going there, pergi sana sure beli Syawarma kat Tarbush, sedap giler.

Memang menguji kesabaran la bila bawak budak kecik ni, tu sebab i suka keluar sorang, tapi kesian pulak nak tinggalkan dia kat umah..

DrSam said...

sifat kita, manusia memang serba kekurangan. Itu tabii alam. Saya pun ada pengalaman 'hanyut' sebegitu. Terutama apabila banyak sangat perkara bermain dan bersarang diminda. Paling jelas apabila memandu. Tangan pegang stereng, kepala entah merewang kemana. last-last tempat lain dituju :)

Semoga dibulan yang mulia dan penuh keberkatan ini kita sama-sama mendapat ketenangan dan mendekatkan diri kepadaNYA.

Mimi said...

alahai...kesian kt u Ida...jahat la budak yg amik duit tu...tp bagus betul u halalkan...

i ni pun kelam kabut jugak..kadang2 tertinggal barang masuk balik rumah 3-4 kali..mak aku marah..dia kata kerja 'tak jadi' sbb patah balik masuk rumah..

Hajah Zainab bt Abdullah said...

Salam Ida,

Jgn terlalu memikirkan peristiwa yg telah berlaku itu. Ada hikmah di sebalik itu...

Untuk lebih fokus, tenang...Ida boleh amalkan zikir...dalam hati pun boleh. Dulu waktu akak muda pun macam tu jugak, kekadang rasa sedih,muram, nak menangis bila ada masalah kecik2 pun...sekarang bila akak dah tua ni (56!)..akak banyakkan solat2 hajat, berzikir...and all is settled! Allah Maha Penyayang...Insya Allah akak akan doakan Ida dalam solat duha jap lagi.

Ida Hariati Hashim said...

Salam Kak Nab,

Terharunya saya bila tahu Akak akan doakan saya dalam solat Duha nanti, terima kasih banyak-banyak.

Saya rasa dengan keadaan saya yang beremosi tak tentu arah ni, sudah banyak menyusahkan orang lain, terutamanya suami tercinta. Yeah, memang zikirullah adalah yang terbaik untuk mencapai ketenangan.

Saya doakan Kak Nab dan keluarga sejahtera selalu..Ramadhan Mubarak!

Ida Hariati Hashim said...

Dr. Sam,

Kalau bab pergi ke destinasi yang salah kerana fikiran merewang tempat lain tu, alah biasa Tuan!

It is good to know that ada juga ornag yang macam saya..that is too human..:-)

Ida Hariati Hashim said...

Mimi,

Ako kalo pun ado jugak tertinggal barang, hari to maso Zalie ondak poie seminar di Kuanten, ako lupo ondak membawak tali pinggangnyo..ondeik laki ako poie deliver paper indo memakei tali pinggang, kesien.

Hari to masa di sekolah, berio-rio la ako bejalen merato tompek, tapi tinggal handbag dokek kantin, nasib baik orang konal beg i, if not abis la..

Anonymous said...

haha, good ones but kelalar2....

"pinballs brain" kato urang rawo..indo totop pikiran, sekojop kesikor, sekojop kesinun....

tando dah tuo la to........

R

Ida Hariati Hashim said...

Ondiek R..

Tuen urang Rawa ketigo memanggil I pinballs. Memang pikiren ko indo totop, hati pon indo totop kekadang...hahahahaha..

Amboi udah dapek kopak proxy, hehari la datang ke siko, iyo..elouk la buleih buek tomen i mengecek Rawo..

Oh yes, sapo yang tuo? I raso mudo sang.

ray said...

Komen Pak Malim, kucing ray yg alim.

Saya tak tahu guna Facebook, kata Pak Malim sambil memegang penumbuk. Tentang RM 200, kadang pompuan pun, dah 'upgrade' dah sekarang, tentang perlakuan yg tidak jujur, kata Pak Malim dengan ekor terjulur. Kadang rupa paras, atau jantina, tidak mempamerkan perlakuan seseorang yg sebenar, kata Pak Malim dengan mata yg berpinar.

NanaDJ said...

Ida,
Take it as that money is not your rezeki. As someone said your Ben is more precious.
I noticed that something is bothering you. Do contact me (I hope I gave you my card that night) if you need a sounding board or a mother's ear. Maybe i could be of help to you.
Salam

Mama Huptihup said...

ida, terasa sungguh pelik membaca post u yg berbahasa melayu plus rawa :D

when u were here, i could see ur mind were wondering around...:D...its ok...normal...semua org mcm tu kan...i pun!

Ida Hariati Hashim said...

Pak Malim Ray,

Kalau saya tak berani nak ambil duit sebegitu banyak, kata Ida takut kena lanyak..dengan sapa road bully ler..

Ida Hariati Hashim said...

Kak NanaDJ (now i dah tau DJ tu apa, beria-ria la kita ingat DJ radio..hehehe)

Tq for your offer to be my Puan Penasihat..but unfortunately la, saya tak de business card Kak Nana la. Tu la malam tu busy berposing bagai..hahaha. Tapi tak pe, it was a pleasure making acquaintance with you, ma'am.

Ida Hariati Hashim said...

Oh Sahabatku Lyana,

Apa yang nak diherankan bila saya berbahasa ibunda, saya kan Melayu..hahaha

Betul ke u perasan pikiran I merewang? Bahaya tu..You tau, sebab banyak sangat merewang langsung I dah tak de mood nak menulis, sebab tak tau mana nak start. Dilemma betul la. Tapi hari ni rasa OK sgt..lain macam pulak semangat dalaman hari iko..

Dalam Dakapan Ibu said...

ATM machine ni pun satu (isshh.. nak blame ATM pulak ni).. some 'spit' the money out b4 the card. Some 'spit'the card, then the money. I got confused at times. Kekadang tu kena check balik, bank apa yg aku jolok ni...

Whatever it is, it's a lesson to all of us.. Lepas ni I pun kena jaga-jaga. Kalau kena pickpocket 2K macam Mamasita tu... lagi lah sedih...

Ida Hariati Hashim said...

Ibu,

Kalau kena pickpocket lagi sedihkan. My cousin kcermin keta dia kena pecah time stop kat traffic light, terus org tu cabut lari amik handbag dia..memacam hal la sekarang ni..

Memorable trails... said...

Ida,
Sorry to miss many of ur posts.Sekarang kan musim virus,so virus jugalah yg wipekan my window.So, few days couldnt blog hopping.
I pun macam tu jugak.Bila ada function (yg ikut hubby)mesti nak beli baju baru,that s normal.Tetapi sesetengah tu ada yang boleh claim.
Anggaplah kehilangan duit tu sebagai kifarah dari Allah.I selalu beranggapan begitu and it makes me feel better.No guity feeling.

Tuan Azmil Abdullah said...

Singgah lalu :)