? ??????????????Black Rose Letter? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (36 Ratings)??18 Grabs Today. 9335 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ?????Elegant Moment? ????? ?????? ???Rating: 4.3 (64 Ratings)??18 Grabs Today. 17846 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Spring Is Here!? ????? ?????? ???Rati CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

Friday, March 13, 2009

Tentang Cinta

Dear friends,

A friend sent this to me. I thought I have found love long time ago. I thought I could love only once. I have been searching for true love in the wrong places. I wanted a love so true, but I was unable to love truly.

They say marriage is a gamble. I do not think that is true. I would not gamble on something that gives me the reason to live. So if marriage is a gamble, who are the losers and who will be the winners? And I wonder too, what is at stake? Our feelings? Our children?

I am greatful, yes I am..even though there are times I could only just bite my lips while tears streaming down my cheeks. But in this love, I do find peace.
_________________________________________________

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru sastera dan para pelajarnya.Tiba-tiba terpacul pertanyaan dari salah seorang pelajarnya: "Guru, apakah erti cinta? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?"

Balas Guru tersebut: "Ada sebuah sawah padi yang luas di kampung ini, berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur di dalam sawah padi dan kamu hendaklah perhatikan ranting-ranting padi. Sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, penuh dengan padi yang subur, cantik & bersih. Kamu ambillah satu ranting padi, di sini ertinya kamu telah menemui cinta."Keesokannya, sebelum pelajar tersebut pergi ke sekolah dia melakukan seperti apa yang guru sasteranya arahkan.

Pelajar tersebut pun berjalan di dalam sawah padi dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Di sekolah, Guru bertanya: "Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun?" Pelajar menjawab: "Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula seperti diarahkan guru. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah wujud yang lebih menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu, lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. Jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya."

Gurunya menjawab: "Ye, itu lah cinta..."

Pada hari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan?

Gurunya menjawab, "Baiklah kini saya mahu awak masuk ke dalam hutan yang ada perhampiran dengan kampung awak. Berjalanlah kamu di dalamnya, akan tetapi seperti yang sebelum ini, janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. Tebanglah sepohon pokok saja, dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan pada pokok tersebut."Hari seterusnya pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

Maka gurunya pun bertanya: "Mengapa kamu memotong pohon seperti ini?" Pelajar itu menjawab: "Sebab berdasarkan pengalaman saya sebelum ini di sawah padi. saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. Saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya."

Maka guru itu menjawab dalam senyuman: "Itulah perkahwinan."
_____________________________________________

Kesimpulan yang kita dapat dari kisah guru & pelajarnya. Kita usahlah terlalu memilih cinta, ditakuti kita akan terlepasnya, dan janganlah kita terlalu terlalu memilih jodoh & pasangan, terimalah pasangan kita dengan seadanya. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Setiap insan pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Ada pasangan yang kita perhatikan & sangka amat sempurna tetapi belum tentu kita tahu isi hati mereka terhadap pasangannya. Setiap kekurangan itu ada hikmahnya & setiap kelebihan itu ada ujiannya. Bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi.

8 comments:

Mama Huptihup said...

i pernah bc cerita mcm ni...it is very true...

Ida Hariati Hashim said...

Lyana,

Believe it or not I baru je terbaca kisah ni..ni pun fren Suzalie yang e-mail kat i..

Lee said...

Hello Ida Hariati, reading your 'tentang cinta'...as the saying goes, 'the most precious possession that ever comes to a man in this world is a woman's heart'.

And for every beauty there is an eye somewhere to see it. For every truth there is an ear somewhere to hear it.
For every love there is a heart somewhere to receive it.

And there is always some madness in love. But there is also always some reason in madness.

Keep a song in your heart Ida, and have a pleasant weekend, best regards, Lee.

ray said...

Komen Pak Malim kucing ray yg alim.

Saya nak tulis lagu berjudul, 'Cinta Yang Hilang', nyanyian kucing belang.
Agak2, ada orang nak dengar, tak? kata Pak Malim sambil meminum susu kotak.

tireless mom said...

Dear Ida

Returning your visit.

Batang pokok itulah yang terbaik for us. Macam cerita Indonesia lah bila baca banyak banyak kali. The Malay story tak banyak yang bersasterawan sebegini.

Ida Hariati Hashim said...

Dear Lee,

Indeed your words are so true, but I also believe that man are capable of loving so truly too..

But I wonder what keeps a marriage together? Love or the sense of duty?

You take care, Lee

Ida Hariati Hashim said...

Komen Ida

Pak Malim tulis je apa-apa yang Pak Malim rasa terdetik di hati, kata Ida sambil berjalan atas titi.

Peduli apa jika org nak dgr ke tak nak, yang penting kita rela berkongsi rasa, mesti ada yang pernah melalui pengalaman sama, kata Ida menangkap rama-rama.

Ida Hariati Hashim said...

Dear Madam TM,

Yeah la, I pun rasa ni mesti Indo punya cerita ni, I pun x sure source dia sebab my hubby's fren e-mailed it to me. Rajin betul he browsed thru website yang bersastera ni..